6 Tips Kekal Sihat Di Bulan Ramadan

Posted by in Health Sharing on April 24, 2021 . .

6 Tips Kekal Sihat Di Bulan Ramadan

 

Bulan Ramadan adalah antara bulan yang dinantikan bagi semua penganut agama Islam. Ramadan yang diambil daripada perkataan bahasa arab yang bermaksud ‘panas terik’ ini mewajibkan penganut agama Islam untuk berpuasa dari terbitnya fajar hingga tenggelamnya fajar. Amalan ini merupakan amalan yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia walaupun memiliki rakyat yang berbilang bangsa dan agama. Namun begitu, menjalankan ibadah puasa di bulan ramadan bukanlah penghalang kepada kita untuk mengamalkan aktiviti dan amalan untuk kekal sihat. Berikut merupakan antara ‘tips’ yang boleh dilakukan dalam mengekalkan kecergasan dan kesihatan sepanjang bulan ramadan:

 

1. Pastikan ‘Bersahur’ / Sarapan Pagi

Seperti yang diketahui umum, sarapan pagi adalah perkara yang paling penting untuk dilakukan bagi memastikan hari kita sentiasa bertenaga. Begitu juga dengan ‘bersahur’ di bulan ramadan, ibadah puasa bermula semasa terbitnya matahari atau selepas waktu subuh. Oleh itu, sebelum waktu tersebut kita perlu memastikan diri untuk mengambil nutrisi yang secukupnya bagi membekalkan tenaga kepada anda sepanjang hari.

 

2. Tidak Makan Secara Berlebihan

Semasa ‘Iftar’ (berbuka puasa), kita disarankan untuk mengambil makanan secara seimbang dan tidak berlebihan. Makan terlalu banyak mampu memberi pelbagai kesan yang negatif seperti masalah penghadaman dan juga peningkatan kolestrol dalam badan. Pastikan ‘iftar’ kita juga dipenuhi dengan makanan yang bernutrisi dan seimbang supaya kesihatan diri tidak akan terjejas.

3. Minum Air masak Sebanyak Yang Mungkin
Kandungan air dalam badan manusia antara perkara yang penting dalam mengekalkan kesihatan diri. Semasa berpuasa, risiko diri kita untuk mengalami dehidrasi adalah tinggi. Oleh itu, pengambilan air masak perlu dilakukan sebanyak yang mungkin untuk mengelakkan masalah tersebut. Seperti yang telah disarankan oleh pakar perubatan, pengambilan air sebanyak 8 gelas sehari perlu dilakukan dalam mengekalkan kesihatan diri. Namun begitu, pemilihan air yang diambil atau diminum juga perlu diberi perhatian. Elakkan dari mengambil terlalu banyak minuman yang bergas dan mempunyai kandungan kafein yang tinggi.

 

4. Mengamalkan Cara Masakan Yang Sihat
Dalam amalan gaya hidup sihat, cara pemakanan yang diambil memainkan peranan yang sangat penting. Pada waktu berbuka puasa, cuba amalkan cara masakan yang lebih sihat seperti pengurangan penggunaan minyak. Selain itu, sebaiknya cuba kurangkan penggunaan susu kelapa (santan) dan gantikannya dengan bahan pengganti seperti susu kurang berlemak ‘low fat milk’. Seterusnya, kita juga disarankan untuk menggunakan teknik masakan seperti merebus dan memanggang daripada menggoreng. Dengan cara ini, bukan sahaja pengurangkan makanan berminyak dapat dilakukan malah kesihatan diri kita lebih baik dan terjaga.

5. Pengamalan Senaman Ringan

Sepanjang menjalankan ibadah puasa, sudah pasti penggunaan tenaga yang diperlukan adalah tinggi. Dalam pada itu, tahukah bahawa senaman juga boleh dilakukan sepanjang tempoh berpuasa? Masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti senaman adalah pada waktu petang sebelum berbuka puasa. Kita dinasihatkan untuk mengelakkan daripada melakukan senaman yang terlalu berat dan menggunakan tenaga yang berlebihan. Di samping itu, kita tidak perlu untuk mengambil masa yang terlalu lama dalam melakukan senamam, sebgai contoh lakukan senaman seperti ‘slow jog’ atau ‘brisk walking’ dengan 30 minit sehari sudah memadai. Senaman jenis ini juga boleh dilakukan dalam rumah  dengan mesin senaman seperti mesin larian.

https://www.gintell.com/fitness-equipment

 

6. Mengurut untuk Menambahkan Kesejahteraan

Dalam kepenatan menjalankan puasa di bulan ramadan, penggunaan tenaga yang berlebihan memberi kesan kepada keadaan fizikal kita. Oleh itu kita juga boleh mengambil inisiatif lain untuk merawat diri dengan cara mendapatkan rawatan urutan atau ‘massage’. Dengan cara ini, bukan sahaja dapat merehatkan badan yang kepenatan, malah membantu dalam melancarkan saluran darah. Hal ini secara tidak langsung membantu diri kita untuk terhindar dari kejang dan kebas. Dalam era teknologi kini, terapi urutan bukan sahaja dapat dilakukan melalui secara kaedah tradisional atau rawatan di ‘spa’, kita juga boleh mendapat terapi tersebut secara mudah dan pantas dengan mesin pengurut. Keluaran teknologi yang terbaru ditambah lagi dengan rawatan yang berkesan sudah pasti mampu membantu diri kita untuk cergas dan bertenaga. Semuanya di hujung jari, dapatkan mesin mengurut di rumah melalui ‘platform’ internet, media dan sebagainya dan dapatkan dari jenama mesin pengurut yang terbaik.

https://www.gintell.com/massage-chairs

 

 

Last update: April 25, 2021