GINTELL S7 SUPERChAiR [BM Version]

Posted by in Health Sharing on April 01, 2021 . .

GINTELL dengan bangganya mengumumkan pelancaran kerusi urut versi baru, ‘S7’, kerusi urut yang terbaru dapat menampilkan prestasi yang setarat dengan kereta SUPERCAR. Dengan itu, GINTELL telah memperkenalkan slogan ‘Brilliance of Wellness’, iaitu ‘Kecemerlangan dalam Kesejahteraan’ bersama teknologi AI yang berinovasi untuk mencipta pengalaman urut yang selesa dan luar biasa.

 

Dalam industri kini terdapat pelbagai jenis kerusi urut, tetapi kerusi urut GINTELL S7 adalah kerusi urut pertama yang mempunyai keistimewaan tersendiri iaitu AI SuperChAiR dan 875 kombinasi urut yang sedia ada untuk semua orang. Selaras dengan itu, kerusi urut ini dilengkapi oleh AI Senses bersama ViTec (Voice Intelligence Technology) yang pertama di Malaysia, iaitu, mengunakan teknologi kawalan suara pintar untuk beroperasi. Dengan adanya teknologi ini, kerusi ini boleh mendengar, menganalisis dan memahami keperluan badan individu, menghasilkan program urut yang sesuai untuk anda.

 

AI ViTec Hand Massage pertama di Malaysia, teknologi ini boleh memberi kaedah urutan yang sama seperti tangan manusia, mempunyai roller penonjolan sehingga 13cm, meliputi hampir 30% lebih dan memberi keselesaan yang istimewa. Seperti kereta SUPERCAR moden yang mempunyai teknologi tempat duduk ingatan, kerusi urut GINTELL S7 ini terdapat 10 slot Vi-Memory; teknologi pertama di Malaysia, iaitu program memori suara yang menambahkan pengalaman urut anda. Dengan keistimewaan ini, anda dapat menyimpan program kesesuaian anda dan mengendalikan program itu dengan suara sahaja.

                       

Kerusi urut GINTELL S7 juga mempunyai satu jenis urutan yang dicipta dan dinasihati oleh SIFU Dato Seri Master Chris Leong (Pengamal Rawatan Tradisional Cina “Tit-Tar”). Beliau telah berkongsi bahawa peregangan seluruh badan sebanyak 230boleh membantu mengurangkan sakit leher, bahu dan belakang, dan ia juga dapat meningkatkan peredaran darah dengan memperbaiki otot. Inilah program dipanggil  ‘The Master Stretch 230°, yang direka, dikembang dan disatukan bersama kerusi urut GINTELL S7.

 

Selain daripada itu, kerusi urut GINTELL S7 mempunyai 32 beg udara untuk menyediakan urutan tekanan udara seluruh badan untuk membantu membuang cecair berlebihan, toksin, dan meningkatkan peredaran darah. Ini juga dapat memastikan urutan tisu yang lebih mendalam ke seluruh badan supaya dapat menyegarkan badan dan minda dan mengatasi cabaran setiap hari. GINTELL S7 SuperChAiR dilengkapi dengan 20 program penjagaan kesihatan yang berlainan supaya anda dapat menikmati urutan yang terperinci, komprehensif dan mencapai tahap keselesaan yang maksima.

 

GINTELL S7 SuperChAiR Royal Blue; kerusi urut yang anggun, prestij, dan bersepadu dengan teknologi maju AI ini dengan yakin akan memberi keselesaan, membantu kesejahteraan and meningkatkan kesihatan kepada semua!

Last update: April 01, 2021