4 PERKARA YANG DIGALAKKAN SEBELUM PULANG KE KAMPUNG UNTUK SAMBUTAN RAYA
Selepas 2 tahun rakyat Malaysia tidak berpeluang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan sanak saudara di kampung halaman akibat penularan Covid-19, namun pada tahun ini kita berpeluang untuk menyambutnya. Walaupun negara kita berada di dalam fasa peralihan endemik dan terdapat beberapa kelonggaran SOP yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan baru-baru ini, sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi anda digalakkan melakukan 4 perkara ini sebelum pulang ke kampung dan ketika beraya.
1. Lakukan SELF-TEST sebelum pulang ke kampung
Anda digalakkan untuk membuat ujian penilaian kendiri Covid-19 (self-test) sebelum pulang ke kampung halaman untuk memastikan diri dan keluarga anda bebas dari Covid-19. Lakukan juga ujian kendiri ini secara kerap ketika berada di kampung dan lakukannya secara berkala untuk lindungi keselamatan keluarga dan sanak saudara ketika beraya.
2. Memakai FACE MASK
Pemakaian face mask masih diwajibkan di dalam bangunan dan terdapat kelonggaran untuk memakainya di kawasan yang terbuka yang tidak sesak. Bawa face mask yang mencukupi dan bawa bersama anda kemana-mana sahaja sebagai langkah persediaan.
3. Cuci tangan secara kerap
Amalkan mencuci tangan secara kerap dan penggunaan hand sanitizer sudah menjadi kewajipan sejak penularan virus ini. Pastikan anda membersihkan semula tangan anda apabila memegang permukaan yang terdedah atau objek menggunakan hand sanitizer.
4. Jangan berkumpul
Walaupun terdapat banyak kelonggaran SOP yang diumumkan oleh kerajaan, akan tetapi rakyat Malaysia diingatkan untuk terus menjaga diri serta keluarga. Untuk keselamatan, elakkan berkumpul dalam kumpulan dan terlalu sesak ketika beraya. Jika boleh, hadkan jumlah tetamu dan merancang jumlah tetamu yang datang mengikut waktu yang ditentukan.
Oleh yang demikian, walaupun kita telah diberi peluang untuk menyambut Hari Raya Aildifitri kali ini bersama keluarga tercinta di kampung halaman dan terdapat beberapa kelonggaran SOP, kita haruslah sentiasa untuk beringat untuk menjaga diri. Bersama kita lindungi diri ketika musim perayaan ini dan ingatlah orang yang tersayang!