6 TIPS MELINDUNGI SENDI ANDA DENGAN BERKESAN

Posted by in Health Sharing on October 11, 2021 . .

6 TIPS MELINDUNGI SENDI ANDA DENGAN BERKESAN !

Pernahkah anda mengalami kecederaan pada bahagian sendi ? Jika pernah, pasti anda mengerti kesakitan yang dialami sekiranya kesakitan tersebut terjadi dan menggangu aktiviti harian kita. Oleh itu ,jom kita ketahui cara yang terbaik untuk melindungi sendi dari mengalami kecederaan.

 

1. Mengagihkan beban kepada sendi lebih besar.

Mengapa perlu menghormati sakit ?. Sendi merupakan antara bahagian yang sangat mudah untuk mengalami kecederaan. Oleh itu, kita dicadangkan untuk mengalihkan beban kepada sendi yang lebih besar agar dapat mengurangkan ketegangan pada sendi otot serta mengelakkan ketidakstabilan. 

 

2. Menggunakan postur dan mekanikal tubuh badan yang betul

Menggunakan mekanikal tubuh badan yang baik membolehkan anda bekerja dengan lebih cekap dan menjimatkan tenaga. Sebagai contoh, apabila anda bekerja sambil berdiri, pastikan permukaan meja kerja anda tinggi supaya anda boleh bekerja dengan selesa tanpa membongkok. Hal ini secara tidak langsung dapat mengurangkan tekanan pada bahagian sendi belakang anda dan mengelakkan kecederaan yang lebih serius.

3. Mengurangkan tekanan

Kita digalakkan untuk mengurangkan aktiviti-aktiviti seperti memerah mencubit dan menekan atas faktor ia boleh menyebabkan kecenderungan yang boleh mengundang kecederaan pada tisuu lembut. Elakkan menggunakan jari semasa memegang buku,pinggan dan cawan, sebaliknya gunakan tapak tangan untuk menampung objek berat tersebut. Disarankan juga untuk menggunakan pemegang buku sekiranya kita ingin membaca buku dalam waktu yang lama.

4. Melakukan pergerakkan dengan cara yang betul

Menggerakkan sendi-sendi tubuh badan dengan cara yang betul secara tidak langsung dapat mengelakkan dari mengalami kelemahan pada otot dan kekakuan pada sendi. Kita harus memastikan pergerakan yang dilakukan tidak keterlaluan sehingga mencederakan sendi kita. Sentiasa mengehadkan pergerakan yang terlalu memberi tekanan pada sendi. Hal ini secara tidak langsung membantu kita untuk terhindar dari mana-mana kecederaan kecil atau besar terhadap sendi kita.

5. Berusaha untuk mengekalkan berat yang ideal

Berat yang berlebihan semestinya akan memberi tekanan yang lebih tinggi terhadap sendi kita terutamanya di pinggul, lutut, pergelangan kaki dan kaki kita. Cuba untuk bersenam dan menjaga tahap pemakanan kita agar dapat mengelakkan berat badan semakin meningkat.

6. Bersenam dengan peralatan yang mempunyai ciri keselamatan sendi.

Tidak ramai yang sedar bahawa semasa bersenam juga mampu memberi kesan kepada sendi sekiranya dilakukan dengan cara yang salah dan peralatan tersebut tidak sesuai. Tahukah anda, Gintell ada mengeluarkan mesin larian/Treadmill yang dilengkapi dengan sistem perlindungan sendi iaitu “HDR Cushioning system” dan “Honeycomb Cushioning” yang berperanan untuk menyerap hentakan semasa berlari di atasnya. Oleh itu, sudah pasti ia dapat melindungi sendi kita .

 

 

 

 

RUJUKAN
Rujukan 1 :
http://www.myhealth.gov.my/menjaga-sendi-anda/

Rujukan 2 : https://ms.approby.com/bagaimana-anda-boleh-melindungi-sendiri-anda/

 

 

Tags: massage chair, treadmill, fitness, health and wellness, Last update: October 11, 2021