APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG "TERAPI HABA" ?
Jika anda seorang penggemar "SPA" atau apa-apa terapi yang melibatkan rawatan alternatif, pasti anda biasa mendengar rawatan terapi haba, atau ”heat therapy". Mungkin segelintir dari kita memahami rawatan ini adalah seperti sauna, "stone massage" dan lain-lain, namun masih ada beberapa maklumat yang mungkin kita tidak ketahui.
Terapi haba berfungsi untuk meningkatkan peredaran aliran darah ke kawasan tertentu akibat peningkatan suhu. Dengan peningkatan suhu kawasan yang tejejas walaupun sedikit boleh meredakan ketidakselesaan dan meningkatkan kelenturan otot. Terapi haba boleh merehatkan dan melegakan otot serta menyembuhkan tisu yang rosak. Terapi haba mempunyai manfaat khusus dalam rawatan kekejangan otot, dan ketidakselesaan muskoloskeletal umum yang berkaitan dengan imobilitas dan kelemahan.
Menurut (Spine-Health.com), terapi haba juga menggalakkan penyembuhan dengan meningkatkan aliran darah ke otot di bahagian bawah punggung. Peningkatan aliran darah menyalurkan lebih banyak oksigen, sel darah putih, platelet dan nutrien penting - semuanya membantu membaiki tisu yang rosak sembuh.
Terdapat beberapa cara untuk melakukan terapi ini, seperti yang diterangkan (Spine-Health.com), antaranya adalah seperti balutan haba dan kantung gel yang dipanaskan. Kedua, kaedah ini akan membantu dalam mengurangkan kesakitan otot atau sebagainya dengan cara meletakkan balutan tersebut pada bahagian tertentu.
Tahukah anda ? GINTELL juga turut menyediakan rawatan terapi haba dalam program di beberapa buah kerusi urut. Sebagai contoh ialah GINTELL S5 SUPERChAiR.
Kerusi urut ini merupakan keluaran terbaru GINTELL yang dilengkapi dengan sistem V-Tec serta sistem urutan "full-body massage". Dengan teknologi terbaru dan program urutan yang semakin realistik, semestinya kerusi urut ini akan memberi urutan yang sangat memuaskan dan berbaloi. Rawatan terapi haba yang ada pada kerusi ini juga akan memfokuskan pada bahagian belakang dan pinggang. Ini akan membantu untuk melancarkan peredaran darah dalam badan dan memberi keselesaan berganda kepada anda semasa menggunakannya.
Rujukan:
1. https://www.spine-health.com/treatment/heat-therapy-cold-therapy/how-apply-heat-therapy (Spine-health.com)
2. https://pallipedia.org/heat-therapy/ (Pallipedia)