HIKING PADA MUSIM HUJAN ?
Seperti yang kita ketahui, dengan kebebasan yang diberi untuk melakukan aktivti senaman atau riadah di luar sudah pasti dimanfaatkan oleh si penggemarnya. Tidak lupa juga bagi penggemar aktiviti mendaki atau hiking yang kini semakin popular semula. Bagi yang masih belum mengetahui apakah aktiviti ini, ia adalah sebuah aktiviti fizikal yang melibatkan seseorang untuk melakukan kembara berjalan kaki dengan mendaki bukit. Namun begitu, dengan cuaca yang tidak menentu pada masa ini adakah ia keputusan yang baik untuk melakukannya? Jom ketahui risikonya yang mungkin anda terlupa.
Keselamatan
Sekiranya ada mengikuti perkembangan isu semasa pasti anda mengetahui beberapa kejadian tanah runtuh yang terjadi disebabkan musim hujan yang tidak menentu ini. Disebabkan kawasan hiking adalah kawasan yang berbukit dan risiko untuk berlakunya kejadian tanah runtuh pasti akan membahayakan keselamatan diri anda.
Kecederaan
Cuaca yang tidak menentu pasti akan menjadikan permukaan jalan pendakian menjadi semakin licin dan tidak stabil. Apabila ini berlaku, sudah pasti akan meningkatkan risiko anda untuk jatuh tergelincir dan seterusnya memberi kecederaan yang mungkin serius terhadap anda. Sebagai contohnya seperti terseliuh, patah, luka ataupun perkara yang lebih serius.
Hipotermia
Sekiranya anda mendaki dalam keadaan hujan, sistem saraf pusat menerima maklumat dari bahagian hujung saraf luar pada lapisan kulit yang menghantar maklumat ke otak untuk memberitahu bahawa persekitaran luar adalah sejuk. Otak akan memproses maklumat yang diterima dan akan mengarahkan sistem thermaregulation tadi untuk bertindak mengawal suhu badan supaya ianya kekal pada julat yang sepatutnya. (Rujukan: My Friend Hikers)
Kelengkapan
Mengapa kelengkapan juga akan menjadi risiko dalam aktiviti “hiking anda”? Seperti risiko yang lain, faktor jalan atau permukaan trek yang dilalui berubah dan semakin sukar untuk dilalui yang menyebabkan kelengkapan anda pasti akan terjejas dengan keadaan tersebut, seterusnya mungkin akan menyebabkan kecederaan yang lebih serius.
Kesimpulannya, dalam usaha untuk terus cergas dengan melakukan aktiviti seperti mendaki, risiko dan kesan yang bakal terjadi juga perlu diambil kira. Tidak dinafikan bahawa aktiviti ini adalah aktiviti yang menyeronokkan dan mencabar diri, namun merujuk kepada keadaan cuaca yang tidak menentu ini terlalu banyak kemungkinan yang bakal terjadi. Mungkin aktiviti tersebut dapat ditunda terlebih dahulu dan mulakan dengan perkara yang lebih selamat seperti lakukan senaman dengan mesin larian GINTELL iaitu CyberTrek Compact.
GINTELL CyberTREK Compact Treadmill
Dilengkapi dengan sistem inclination yang mampu mencuram sehingga 15 darjah, memberi anda pengalaman larian yang mencabar dan seolah-olah anda berada di trek mendaki yang sebenar. Tambahan pula, keadaan permukaan trek larian “anti slip” pasti akan melindungi anda dari tergelincir seterusnya mengundang kecederaan. Selain itu juga, dengan “HDR cushioning systems” yang menyerap 55% hentakan akan melindungi sendi kaki anda dari risiko kecederaan terseliuh dan sebagainya. Pastinya, golongan penggemar “Hiking” akan berpuas hati dengan mesin larian serba boleh ini.