Kepentingan Menjaga Kesihatan Mental

Posted by in Health Sharing on October 10, 2021 . .

Kepentingan Menjaga Kesihatan Mental Dalam Kehidupan 

Adakah anda tahu kepentingan untuk menjaga kesihatan mental ? Seseorang yang mempunyai mental yang sihat dapat mengatasi tekanan normal kehidupan, dapat bekerja dengan produktif dan bermanfaat, serta mampu memberi sumbangan kepada komuniti. 

Pada masa kini, tahap kesihatan mental rakyat Malaysia berada dalam keadaan yang membimbangkan dan menurut laporan dari BH Online pada Mac 2018, dilaporkan kira-kira 30 peratus populasi rakyat dari negara ini mengalami masalah kesihatan mental iaitu majoritinya adalah wanita yang berisiko tinggi untuk mendapat simptom berkenaan dan dilaporkan jumlah berkenaan akan bertambah dalam tempoh 10 tahun. Menurut Tan Sri Lee Lam Thye, berkata kajian dari Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) pada 2019 telah mendapati tiga per empat daripada laporan adalah dari golongan berusia 20-an dan pada tahun 2020 hampir 0.5 juta dari penduduk Malaysia mengalami masalah berkaitan dengan kesihatan mental akibat dari kesan wabak COVID-19. 

Oleh itu, adakah anda tahu bagaimana untuk mengekalkan kesihatan mental ? Ini adalah antara tips yang anda boleh ikuti:

1. Berurut

Kajian mendapati berurut dapat mengurangkan keletihan dan tekanan kerana melalui teknik urutan yang betul, ia daoat mengurangkan masalah kesihatan mental, mengawal hormon dalam badan seseorang dan memperbaiki kualiti tidur seseorang. Ia juga dikenali sebagai relaxing massage yang mampu merawat fizikal yang lesu akibat tekanan yang dialami. 

2. Kualiti tidur yang baik

Adakah anda tahu mempunyai kualiti tidur yang cukup juga dapat membantu untuk mengurangkan masalah kesihatan mental ? Hal ini adalah kerana kurang kualiti tidur yang baik sering dikait dengan kurang mendapat tidur yang mencukupi. Secara tak langsung apabila kita kurang tidur, badan akan menjadi lemah dan bukan itu sahaja, mental juga akan menjadi lemah. Ia akan cenderung untuk mengalami masalah mental seperti kemurungan dan lain-lain lagi. 

3. Bersenam 

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa senaman boleh menyingkirkan emosi atau tekanan yang dialami oleh kebanyakan individu. Menerusi petikan dari Hello Doktor terdapat satu kajian, penyelidikan mendapati bahawa individu yang bersenam secara teratur adalah 25% kurang berisiko untuk mengalami masalah mental dalam tempoh 5 tahun akan datang. 

Kesimpulannya, kesihatan mental amatlah penting dalam kehidupan kita kerana kita dapat menjalani kehidupan normal dalam rutin harian dan segera mendapatkan bantuan dari pakar atau orang sekeliling jika masalah kesihatan mental yang dialami oleh anda semakin teruk. Sempena Hari Kesihatan Mental Dunia ini, ayulah bersama-sama GINTELL untuk meningkatkan kesedaran dan kepentingan menjaga kesihatan mental dengan menjaga kesihatan mental anda.

 

Last update: October 10, 2021