MASIH TIDAK TAHU TENTANG KEBAIKAN KURMA? INI ADALAH RAHSIANYA…

Posted by in Health Sharing on April 30, 2022 . .

MASIH TIDAK TAHU TENTANG KEBAIKAN KURMA? INI ADALAH RAHSIANYA…

Kurma pastinya menjadi buruan rakyat Malaysia lebih-lebih lagi apabila menjelang Ramadan dan ianya mendapat permintaan tinggi. Bukan sahaja menjadi makanan sunnah untuk umat Islam di seluruh dunia, ia juga menjadi tumpuan ketika berbuka puasa malah menjadi makanan amalan umat Islam ketika bersahur. Ini antara beberapa kebaikan kurma yang anda perlu tahu. Jom kita selaminya…

1. Membantu menguatkan memori

Tahukah anda bahawa kurma mengandungi khasiat yang tinggi untuk meningkatkan daya ingatan seseorang? Menurut kajian, individu yamg memakan kurma dapat mengurangkan inflamasi pada otak sekaligus dapat mengurangkan risiko penyakit Alzheimer.  
 

2. Mencegah masalah kesihatan jantung

Untuk pengetahuan anda, kurma juga boleh mencegah penyakit jantung. Berdasarkan kajian, kurma kaya dengan sumber potassium, iaitu dapat mengurangkan risiko strok dan penyakit berkaitan jantung. Selain itu, kurma juga mengandungi magnesium dan tembaga untuk kesihatan jantung.
 

3.Bagus untuk kesihatan tulang

Kurma juga bagus untuk kesihatan tulang anda kerana mengandungi mineral yang tinggi iaitu fostur kalium, vitamin A, kalsium dan magnesium iaitu merupakan sumber yang baik untuk menguatkan dan pertumbuhan tulang. Malah ia dapat membendung penyakit osteoporosis dengan mengamalkan pengambilan kurma ini sebagai makanan tambahan.
 

4. Membantu proses pencernaan

Di samping itu, kurma juga dapat membantu proses pencernaan kerana terdapat nutrisi seperti serat yang penting untuk proses pencernaan. Tambahan pula, kandungan nikotin di dalam kurma juga dapat membantu menyelesaikan masalah berkaitan dengan usus seperti melegakan masalah makanan tidak hadam. 
 

5. Menjaga kesihatan mata dan kulit

Mata merupakan organ badan yang sangat penting. Kurma dipercayai dapat memberi kesihatan mata yang baik jika kita mengamalkan pengambilannya kerana ia mengandungi vitamin A. Ia juga dapat mengekalkan mukosa dan kulit agar terus kekal sihat.
 

6. Mengatasi alahan

Salah satu kandungan yang terdapat di dalam kurma adalah sulfur organik dan ia bukan mudah untuk dijumpai di dalam makanan. Ia mempunyai banyak manfaat termasuk dapat mengurangkan reaksi alergi dan alahan pada diri seseorang.
 

Konklusinya, kurma mempunyai pelbagai kebaikan dan bukan hanya boleh dimakan pada bulan Ramadan akan tetapi boleh dimakan sepanjang tahun. Walaupun kurma ini merupakan makanan sunnah, anda juga boleh mengamalkan pengambilan kurma sebagai makanan tambahan anda. Oleh yang demikian, selain pemakanan yang sihat anda juga jangan lupa untuk utamakan kesihatan diri sepanjang Ramadan ini dengan mempunyai rehat yang cukup.

Last update: April 30, 2022