PERALATAN SENAMAN KARDIO YANG PERLU ANDA ADA DI RUMAH UNTUK MEMBAKAR KALORI
Semua orang berimpian untuk memiliki peralatan senaman dan mempunyai "gimnasium" sendiri di rumah lebih-lebih langi dalam situasi sekarang. Hal ini kerana dengan risiko yang tinggi, anda dah tidak perlu untuk keluar rumah untuk ke taman rekreasi, tasik mahupun gimnasium dan masih boleh untuk kekal aktif pada bila-bila masa sahaja. Namun begitu, setiap orang perlu memiliki peralatan senaman di rumah kerana ianya mempunyai kebaikan untuk kesihatan diri.
Treadmill merupakan peralatan senaman terbaik untuk membakar kalori dan lemak dengan lebih cepat. Dengan adanya treadmill di rumah, anda boleh melakukan aktiviti larian hanya di rumah dan pada bila-bila masa sahaja. Treadmill dapat merangsang otot di seluruh badan untuk menurunkan berat badan, menguatkan jantung serta menurunkan kadar kolestrol. Pilihlah treadmill yang berkualiti iaitu dapat melindungi sendi anda ketika melakukan senaman dan bersesuaian dengan anda.
Setiap orang mengidamkan perut yang kempis lebih-lebih lagi kaum wanita. Adakah anda tahu basikal elliptical merupakan alatan senaman yang digemari oleh penggemar fitness jika mereka ke gimnasium ? Untuk pengetahuan anda, ia mampu menguatkan sistem kardiovaskular dan juga berpotensi untuk mengurangkan berat badan. Di samping itu, dapat mengurangkan tekanan yang dialami serta ketegangan dan meningkatkan kekuatan pada otot kaki.
Ramai orang menganggap bersenam menggunakan basikal recumbent ini mudah, menurut kajian dari pakar bahawa senaman menggunakan peralatan ini boleh memberikan senaman yang boleh memberikan kepuasan untuk anda kerana ia boleh membakar lebih banyak kalori dalam badan. Selain itu, ia merupakan langkah terbaik untuk melindungi sendi anda dari mengalami ketegangan serta memberikan kesan yang rendah pada sendi dan ligamen pada badan anda.
Selain treadmill , spinning bike juga merupakan pilihan terbaik untuk meningkatkan kesihatan kardiovaskular anda dan juga membantu membakar kalori di dalam bada. Menurut kajian dari University of Glasgow mendapati bahawa berkayuh dapat mengurangkan risiko penyakit jantung sehingga 50%. Malah ia juga dapat meningkatkan kekuatan bahagian bawah badan anda seperti peha dan lain-lain.
Justeru itu, senaman kardio amatlah penting dalam amalan gaya hidup yang sihat untuk terus kekal aktif dan tingkatkan imuniti badan. Oleh itu, mulakan langkah pertama anda untuk dapatkan peralatan senaman dari GINTELL dengan perlbagai model dan teknologi terkini. Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.gintell.com/fitness-equipment atau lawati showroom berdekatan anda. Kesihatan jangka panjang anda, keutamaan kami.