Tips-tips Penjagaan Treadmill
Penjagaan kesihatan adalah penting bagi semua orang. Boleh dikatakan wajib bagi setiap orang terutamanya orang yang bekerja untuk bersenam bagi memastikan kesihatan mereka terjamin. Akan tetapi, atas faktor kesibukan dan juga keselamatan ramai yang memilih untuk menggunakan peralatan kesihatan seperti treadmill kerana boleh bersenam tanpa risaukan masa, cuaca, keselamatan dan sambil menonton televisyen pun boleh bersenam.
Dengan itu, pengunaan treadmill juga perlu dijaga bagi memastikan kelancaran dan prestasi treadmill berada dalam keadaan baik dan tidak mendatangkan kecederaan kepada pengguna. Antara tipsnya adalah:
Penggunaan Minyak Pelincir
- Silikon gris perlu diletakkan pada bawah "running belt" sekurang-kurangnya 6 bulan sekali bagi melancarkan pergerakan dan mengurangkan geseran di antara "running deck" dan "running belt".
Pemeriksaan Berkala Pada Treadmill
- Pemeriksaan perlu dibuat sekerap yang mungkin kerana ia bertujuan untuk memeriksa kotoran atau kerosakan dibawah papan larian .
- Jika ada "belting" atau "deck" yang pecah, ianya boleh berlaku kecederaan terhadap pengguna. Jangan risau, kebiasaan treadmill "home used" boleh dilipat untuk tengok bahagian bawah.
Jangan Gunakan Extension Cord
- "Extension Cord" tidak digalakkan untuk treadmill kerana banyak kejadian terjadi pada pengguna apabila menggunakan "extension cord" akan berlaku "leakage current". Hal ini berlaku disebabkan wayar "extension cord" tidak cukup untuk menyokong terutamanya "grounding". Bila treadmill digunakan (bergerak) geseran running deck dan track akan menghasilkan "static electricity", dan ia akan di neutralkan melalui "earth (grounding)". Jika "grounding" tidak cukup sokongan ini mengakibatkan akan berlakunya "leakage current". Jadi lebih selamat agar terus "plug-in" ke soket. Gunakan "power regular" bagi memberikan voltan yang lebih stabil untuk treadmill.
Vacuum Secara Berkala
- Amat penting untuk membersihkan kotoran dan habuk pada treadmill anda sebelum terkumpul dan menimbulkan masalah. Apabila kotoran dan debu berkumpul di "deck" dan "belt" treadmill, mereka akan merosakkan "belt" treadmill, apabila masalah ini berlaku, treadmill akan gagal untuk memenuhi potensi maksima.
Oleh itu, penjagaan pada keseluruhan treadmill amatlah penting untuk kegunaan jangka masa yang panjang agar tidak berlaku sebarang kecederaan dan masalah. Membeli peralatan senaman tidaklah sukar dan tidak terlalu mahal, begitu juga dengan penjagaan asas treadmill. Dan tidak ada yang luar biasa mengenai penjagaan treadmill di rumah. Kekerapan penjagaan ini bergantung pada kekerapan treadmill ini digunakan. Ini adalah kunci untuk melanjutkan jangka hayat "running deck" dan "running belt".