Tips Untuk Kekalkan Postur Yang Baik Ketika Bekerja Dari Rumah

Posted by in Health Sharing on July 31, 2021 . .

 

Bagaimana untuk kekalkan postur badan yang baik ketika bekerja dari rumah?

 

 

Semasa Pandemik ini, kebanyakkan pekerja diminta untuk bekerja dari rumah. Walaupun banyak kebaikan bekerja dari rumah akan tetapi ada yang mengabaikan postur badan yang baik ketika bekerja di rumah.

 

Postur badan yang tidak bagus akan menyebabkan kesan pada jangka masa panjang untuk kesihatan diri anda dan tidak menyedari postur ketika duduk dalam keadaan tidak baik, malah jika ada diantara mereka mempunyai simptom seperti ini mereka mengabaikan sakit belakang dan mengelakkan diri untuk berjumpa doktor.

 

 

Anda ingin tahu bagaimana ingin kekalkan postur badan yang baik ketika bekerja dari rumah? Ini adalah beberapa cara untuk anda kekalkan postur yang baik ketika bekerja dari rumah:

 

1. Sediakan ruang kerja yang efekti

Walaupun anda bekerja dari rumah, anda boleh memilih untuk melakukan tugasan anda dimana-mana yang anda selesa, akan tetapi elakkan untuk melakukan kerja duduk di atas katil atau berbaring di sofa dengan meletakkan komputer riba di atas pangkuan anda.

Anda boleh meyediakan ruang kerja di meja kopi di ruang tamu rumah anda atau meja makan kerana ianya penting untuk bekerja di tempat yang selesa. Selain membantu anda untuk kekal fokus, ianya membantu postur badan anda berada dalam keadaan yang baik. 

Selain itu, untuk menambahkan keselesaan ketika seharian bekerja, anda boleh mendapatkan Portable Massager yang terdapat di pasaran Malaysia antaranya Portable Massage Cushion keluaran Gintell kerana ianya boleh membantu anda untuk mengurangkan sakit otot dan belakang akibat duduk terlalu lama ketika menyiapkan tugasan anda.

 

 

 

2. Fokus terhadap bagaimana cara anda duduk

 

Walaupun anda mempunyai ruang kerja yang selesa, anda mungkin duduk diposisi yang tidak sesuai dengan postur anda. Terdapat beberapa cara yang betul untuk duduk di kerusi iaitu kerusi yang anda duduk hendaklah sama tinggi dengan kedudukan lutut atau rendah dari lutut anda dan pastikan semua bahagian belakang anda disokong sepenuhnya.

 

Anda juga perlu mengingatkan diri anda untuk membetulkan posisi atau kedudukan anda agar anda berada dalam postur yang betul.

 

 

 

3. Jangan duduk terlampau lama

Walaupun posisi atau postur badan anda berada dalam keadaan baik ketika duduk, anda juga tidak digalakkan untuk duduk terlalu lama. Bukan sahaja tidak elok untuk belakang badan anda malah tidak elok untuk jantung anda.

Sebaiknya anda perlu bangun sekurang-kurangnya 15-20 minit untuk setiap jam. Antaranya anda boleh melakukan beberapa kerja rumah, melakukan yoga atau duduk berehat sebentar di kerusi urut untuk melegakan lenguh pada badan anda.

 

 

4. Lakukan senaman

Selain ingin mengekalkan postur badan yang baik ketika melakukan tugasan, anda juga perlu melakukan senaman secara berkala, hal ini akan memudahkan anda untuk duduk dan berdiri secara tegak dengan selasa. Antaranya anda boleh melakukan senaman menggunakan peralatan senaman seperti treadmill atau jika anda tiada masa untuk melakukannya, anda boleh melakukan senaman mudah seperti crunches atau sit-up.

 

 

Oleh yang demikian, janganlah mengambil mudah dalam mengekalkan postur badan anda kerana hal ini jika diambil mudah ianya akan menyebabkan berlakunya sakit belakang atau masalah sakit pada otot dan jika dibiarkan ianya akan memberi kesan yang teruk. Anda juga boleh mendapatkan beberapa jenis produk seperti portable atau foot massager dari GINTELL untuk memberikan keselesaan kepada anda ketika bekerja dari rumah dan dapat mengurangkan sakit otot yang dialami oleh anda. Di samping itu, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis produk dari GINTELL kerana ianya boleh digunakan dimana-mana dan pada bila-bila masa sahaja hanya dirumah anda.

 

Sebarang pertanyaan atau jika berminat, anda boleh menghubungi kami 

https://wa.link/atdyf4 (Fida)

 

Jom kekal sihat bersama GINTELL!

1 Rumah, 1 GINTELL

 

 

Rujukan: https://todaysworkathomemom.com/maintaining-good-posture-as-you-work-from-home/

 

Last update: August 02, 2021