Sambutan Raya Norma Baru

Posted by in Health Sharing on May 15, 2021 . .

 

 

Raya sudah kembali ! Selepas sebulan menjalankan ibadah berpuasa, hari yang dinanti-nantikan oleh umat Islam, Hari Raya sudah pun tiba!  Sambutan hari yang penuh dengan keriangan, kebudayaan, ziarah menziarahi dan perhimpunan sanak saudara. Namun segalanya kini telah berubah akibat gejala virus pandemik Covid-19 yang melanda dunia. Dengan norma baharu ini, ia tidak menghalang kita untuk terus menyambut Hari Raya dengan penuh keriangan dan kebahagiaan. Berikut merupakan antara berberapa tips yang boleh dilakukan untuk Raya norma baharu yang menjelang ini :

 

Hias Rumah Anda
Raya norma baharu tahun ini memaksa kita untuk menghabiskan masa yang ada di rumah sendiri sahaja. Jangan jadikan itu sebagai alasan untuk tidak dapat merasakan suasana Hari Raya meskipun tidak ada yang berkunjung ke rumah. Hiasi rumah anda dengan kelengkapan raya seperti langsir baharu, lampu berkelip, dan pelita supaya suasana atau ‘vibe’ Raya akan terus ada dan membuatkan kita lebih bersemangat dalam menyambut Hari Raya walaupun hanya di rumah.

 

Belajar Resepi Masakan Raya Yang Baru

Sepanjang waktu kita berada di rumah, penuhkan aktiviti harian kita dengan aktiviti yang berkaitan dengan tema Raya seperti belajar resepi baru masakan tradisional Raya. Seperti kebiasannya, sambutan hari Raya akan dipenuhi dengan sajian pelbagai makanan tradisonal seperti rendang, lemang, dodol, kuah kacang dan banyak lagi. Walaupun tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk menikmatinya bersama keluarga, ambil peluang tersebut untuk mempelajari resepi baru. Perkara ini sudah pasti dapat menjadikan Raya norma baru kita lebih menarik dan suasana raya itu masih terasa.

 

Memberi Hadiah Kepada Yang Tersayang

Walaupun tidak dapat bertemu secara bersemuka, kita masih berpeluang untuk menggembirakan mereka yang tersayang. Hantarkan hadiah kepada keluarga, saudara mara yang berada di kampung, tidak lupa juga rakan-rakan yang berada di rumah masing-masing secara pos. Hal ini secara tidak langsung akan membuatkan mereka terasa lebih dihargai dan gembira hingga melupakan kedaan suasana menyambut Raya bersendirian di rumah. Turut disarankan, dapatkan barangan yang memberi impak positif kepada mereka, sebagai contoh untuk ibu bapa di kampung, dapatkan mereka barangan kesihatan mudah alih seperti kerusi urut dan sebagainya. Hari raya bukan hanya untuk menggembirakan diri sahaja, namun menggembirakan hati yang tersayang juga mampu memberi kesan yang lebih istimewa.

 

Pembelian barang Secara Atas Talian

Segalanya di hujung jari. Berikan diri anda ganjaran dengan membeli baju baharu atau barangan Raya melalui atas talian, walaupun hanya di rumah, pastikan diri anda dalam ‘mood’ Raya seperti berpakaian Raya, suasana Raya dan pelbagai lagi barangan Raya supaya semangat raya itu terus dapat dirasakan. Dengan kemudahan internet dan aplikasi kini, ianya mudah untuk kita mendapatkan pelbagai barangan tersebut secara atas talian. Bukan sahaja barangan raya, segalanya ada di internet, dapatkan juga barangan yang memberikan impak yang positif kepada kesihatan diri agar dapat meneruskan sambutan hari Raya dengan cergas dan bertenaga.

Last update: May 15, 2021